Punca Dan Cara Ubati Kayap Sebelum Kronik

Bila sebut tentang cara ubati penyakit kulit seperti kayap ini, terngiang-ngiang lagu arwah Sudirman 🙂

Kulit kulit, Berbagai warna kulit
Kulit kulit, Kalau dicubit sakit
Kulit kulit, Ditengah panas perit
Sakit kulit, Ada jenis berjangkit
Kulit adalah organ paling besar dalam tubuh manusia. Kulit juga organ yang sering terdedah kepada pencemaran.
Oleh sebab itu, ia sangat sensitif dan sering dijangkiti penyakit kulit panau, jerawat, jeragat dan termasuklah kayap. 

Segalanya Tentang Penyakit Kayap

Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zosterPunca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh.

Ada 2 golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh kuman VZV ini. Kedua-dua golongan ini mempunyai daya ketahanan sistem imun yang rendah.

  1. Golongan yang lebih berusia iaitu umur lebih daripada 50 tahun. Semakin berusia, tanpa pengambilan supplemen seperti vitalea, sistem imun akan semakin berkurangan.
  2. Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan faktor tertentu seperti jangkitan kuman HIV dan kesan sampingan ubat seperti steroid.

Pencetus penyakit kayap ini adalah apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh apabila seseorang itu mengalami penyakit cacar air atau chickenpox. Setelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun berkeadaan lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.

Tanda-Tanda Jangkitan Kayap

Kayap biasanya akan menyebabkan radang urat saraf. Ia menyerang satu-satu kawasan tubuh sahaja seperti dada dan muka.

masalah tidur

Simptom awal jangkitan kayap termasuklah:

  • Rasa kebas, sakit atau panas di bahagian saraf terlibat
  • Demam, kepenatan dan sakit kepala.

Selepas itu tanda-tanda kulit pula akan muncul. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tompok-tompok merah yang memedihkan akan kelihatan. Selepas sehari dua, muncul pula gelembung-gelembung air kecil. Air tersebut berwarna kekuningan.

Lebih kurang 2 hari kemudian, air tersebut akan menjadi berubah warna menjadi keruh dan lama-kelamaan gelembung tersebut akan kering. Kulit kering tersebut akan jatuh sendiri dalam seminggu dua.

Rawatan Kayap Menggunakan Supplemen Semulajadi Yang Selamat

Rawatan menggunakan supplemen semulajadi ini adalah usaha untuk menyembuhkan penyakit ini dan menghalangnya dari menyerang semula dalam jangka masa panjang.

Seksa woo. Kalau kena penyakit kayap ini. Ia bukan sahaja menyerang fizikal pesakit malah menyebabkan psikologi pesakit terganggu. Rasa rendah diri dan malu untuk berdepan dengan orang ramai.

Pengalaman Getir Penghidap Penyakit Kayap Untuk Dikongsi Bersama

Saya ingin berkongsi dengan anda kisah adik Puan Hadhatina Halim (nenek Shaklee saya). Adik beliau yang bernama Puan Siti Norhayati Halim ini, diserang penyakit kayap yang kronik di bahagian muka. 

Anda boleh lihat sendiri. Betapa getirnya pengalaman beliau apabila diserang kayap di bahagian yang paling tak mahu diserang iaitu muka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!

Simptom yang dialami beliau sama seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Berikut adalah petikan pengalaman beliau yang diceritakan sendiri di Facebooknya.

 

Siti Norhayati Abdul Halim
September 6, 2013

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. Kene tang muke plak tu. Habis separuh muke seblah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah puasa langsung!

Lepas kena discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke…

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di’jajah’ kayap tu. Memang jadi “two face” bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan jua B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde ‘two face’.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX TU… serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil yang didatangkan tu. Kayap ni dia bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

 Apa Supplemen Yang Puan Siti Ambil Untuk Sembuhkan Penyakit Kayap?

Beberapa supplemen berikut telah diambil oleh beliau untuk ikhtiar menyembuhkan penyakit kulit kayap ini.

1. Nutriferon Shaklee

nutriferon shaklee celikvitamin

NutriFeron mempertingkat INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus memperkuat sistem imunisasi tubuh. Klik NUTRIFERON untuk maklumat lanjut.

2. Lecithin Shaklee

lecithin shaklee celikvitamin

3. B Complex Shaklee

B Complex Shaklee Celikvitamin

B Complex ini adalah vitamin anti-stress yang mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Penting untuk kita tidak stress dan mempunyai emosi yang stabil dalam tempoh penyembuhan.

Kesimpulannya, saya tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Puan Siti Norhayati. Pertamanya, penting untuk mereka yang sedang diuji dengan penyakit kayap ini, untuk bersikap positif. Dalam keadaan yang stress ini, sokongan keluarga amat diperlukan. Kita juga perlu bersabar dan mengawal emosi untuk kesembuhan dari penyakit kulit ini. 

Akhir sekali, memetik kata-kata beliau, kita mesti yakin dan redha dengan setiap ujian Allah. Setiap penyakit ada penawarnya (selain mati). Kita perlu berikhtiar sehabis baik dan jangan berkira untuk kesihatan. Selepas habis berikhtiar, barulah kita bertawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

6 comments for “Punca Dan Cara Ubati Kayap Sebelum Kronik

  1. 7 September, 2015 at 11:21 pm

    Kayap ada byk jenis…orang tua-tua cakap kayap ular bahaya…bila baca article baru tau punca sebenar kayap…
    fuzy recently posted…Tips Atasi Masalah Sembelit Ketika MengandungMy Profile

  2. siti
    29 June, 2016 at 12:31 pm

    sy pernah kena kayap mata tahun 2014..mati hidup semula

    • 1 July, 2016 at 8:40 am

      Alhamdulillah. Semoga puan sentiasa dalam kesihatan yang tiptop 🙂

    • Adnan
      29 January, 2017 at 8:44 pm

      Assalam kak. Mintak num. makan saya kena kayap lah dekat mataaa.

      • 29 January, 2017 at 11:35 pm

        Boleh ikhtiar. Ni no saya 011 15690082 Adilah 🙂

  3. 7 December, 2016 at 2:43 am

    makan vitamin cepat sikit kayap tu sembuh kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge