Petua Merawat Ulser Mulut Dengan Cepat

Apakah dia ulser mulut ini sebenarnya?

Ada yang panggil serawan. Ada yang panggil mata ikan. Apa pun panggilannya, kalau diserang ulser ini memang sangat terseksa. Terutamanya bila makan, minum apatah lagi memberus gigi. Ouch!

Ulser mulut adalah rasa pedih atau sakit di dalam bahagian mulut sama ada di bahagian lidah atau gusi. 

Pada kebiasaannya, ulser mulut ini tidak berbahaya sebenarnya dan akan sembuh dengan sendiri. Tetapi perlu diingat sekiranya ulser ini tidak juga sembuh-sembuh sehingga 3 minggu atau kerap-kali berulang, maka lakukanlah pemeriksaan doktor.

Ulser mulut juga tidak boleh berjangkit. Justeru, jangan bimbang. Secara statistiknya, satu daripada 5 orang di dunia ini akan dijangkiti penyakit ini pada satu-satu masa.

5 Petua Semulajadi Untuk Rawat Ulser Mulut

Berikut adalah beberapa petua atau tips yang boleh diamalkan apabila kita mendapat ulser mulut.

1. Minumlah Air Dalam Kuantiti Yang Diperlukan Oleh Tubuh

Salah-satu sebab mengapa kita diserang ulser mulut adalah kekurangan air dalam badan. Justeru, minumlah air sebanyak 5-6 gelas sehari untuk melegakan kesakitan dan kepedihan akibat ulser. 

Kita disarankan untuk mengambila sekurang-kurangnya 8 gelas atau lebih kurang 2 liter air sehari untuk keperluan tubuh. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang minumlah air masak secukupnya. Malah, kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada kekurangan air dalam tubuh.

2. Penggunaan Garam Untuk Melegakan Kesakitan

Ini juga antara remedi yang popular dalam masyarakat kita. Garam ini ibarat penghapus semulajadi kepada bakteria yang bermaharajelala dalam mulut itu.

Jadi, letakkan garam di tempat ulser itu, nescaya akan bertempiaran lari bakteria-bakteria itu atau pun mati terbunuh! Tetapi untuk anak-anak mungkin agak pedih namun ianya mujarab. Maka, bertahanlah walaupun terpaksa melompat-lompat!

3.  Letakkan Asam Keping Atau Asam Gelugur 

Ini antara petua yang selalu diamalkan oleh nenek moyang kita. Letakkan asam keping atau asam gelugur di tempat yang diserang ulser itu untuk beberapa tempoh masa tertentu. Anda boleh ulang sebanyak 3-4 kali dalam sehari. 

4. Boleh Juga Cuba Ais Kiub

Ini juga tips yang boleh kita cuba iaitu meletakkan ketul ais atau kiub ais untuk meredakan bengkak dan denyut pada tempat serawan itu. Sebenarnya, ais ini lebih kepada mengecutkan serawan agar tidak membengkak dan mengurangkan radang (inflammable)

5. Dapatkan Bonjela Atau Aloclair Spray Di Farmasi Berdekatan

Ini adalah promosi percuma! 🙂

Biasanya ada 2 krim yang biasa dicadangkan. Pertama bonjela. Tetapi bonjela ini agak pedih bagi kanak-kanak. Justeru, jika yang terkena ulser mulut itu adalah anak anda, lebih baik gunakan Aloclair Spray yang lebih mesra kanak-kanak.

Cegah Ulser Mulut Ini Dari Berulang Atau Berlaku Dengan Pengambilan Vitamin

Biasanya, saya suka menjelaskan kepada para pembaca bahawasanya, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Dalam hal ulser mulut ini, kebanyakan daripada yang menghubungi saya selalu mengadu bahawa sering diserang ulser ini atau pun anak-anak selalu di serang ulser.

Saya jelaskan secara berhemah bahawa tubuh kita memerlukan supplemen atau vitamin yang mencukupi bagi memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh.

 

Berikut adalah beberapa vitamin yang anda boleh ambil untuk melindungi tubuh dan keluarga tersayang daripada serangan ulser mulut.

Jika anda sering terdedah kepada ulser mulut. Penting untuk anda tingkatkan sistem imun tubuh. Ini boleh dilakukan dengan pengambilan Vitamin C Shaklee 500mg secara konsisten setiap hari. Vitamin C juga bagus untuk kecantikan kulit dan kesihatan jantung. Tak rugi anda amalkannya.

Ulser mulut juga menunjukkan tubuh kita kekurangan zat besi dan kita boleh ambil ujian darah untuk membuktikannya.

Saya menyarankan anda untuk mengambil zink complex untuk mengatasinya. Zink juga bagus untuk keupayaan seks dan memelihara kesihatan rambut.

Ulser mulut adalah salah satu tanda kita tubuh stress dan puncanya biasanya daripada bebanan kerja, terlebih bersenam atau kurang air dalam tubuh. Untuk masalah ini kita boleh ambil B-Complex Shaklee.

B Complex bersifat anti stress dan membekalkan tenaga kepada tubuh. Bila kita bebas stress, muka pun bertambah cantik dan kurang kedutan.

Dalam era moden ini, adalah penting untuk kita memastikan sistem imun kita ini dipertingkatkan kerana persekitaran, makanan dan minuman yang kita ambil sangat terdedah kepada radikal bebas yang melemahkan sistem imunisasi kita.

Perlu juga diingatkan:

Selalu juga serawan atau ulser mulut ini menyerang ibu-ibu yang mengandung. Justeru, perlu berhati-hati dalam mengambil ubatan dari farmasi. Tetapi vitamin Shaklee ini adalah selamat untuk diambil kerana ianya ramuan semulajadi.

Jangan berkira untuk kesihatan. Fakta penting yang perlu anda tahu, kos rawatan adalah berganda lebih tinggi berbanding kos pencegahan.

Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada mengubati.

 

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge