Kenapa Generasi Muda Perlu Mula Berniaga Dari Sekarang

Sebenarnya kalau boleh nak tulis kenapa orang muda WAJIB berbisnes atau SEMUA rakyat (bukan orang muda saja) perlu mula berniaga. Tapi takut nanti ada yang sentap atau tak boleh terima kenyataan. Hehehe.

Hakikatnya begitulah. Dalam entri ini, fokus saya untuk golongan muda sebab mereka menghadapi cabaran yang getir dalam tahun-tahun mendatang. Penulisan ini berdasarkan diskusi, observasi dan pembacaan tentang realiti cabaran yang perlu digalas oleh generasi di bawah usia 30 tahun.

Konflik Orang Muda Mutakhir Ini Berbeza Dengan Zaman Mak Ayah Kita

Zaman mak ayah kita dulu (babyboomers) didedahkan dari awal lagi oleh nenek moyang supaya belajar rajin sampai universiti. Bila dah ‘graduate’ boleh kerja dengan ‘gomen’ sebab ada pencen. Lebih terjamin di masa tua nanti.

Realiti sebenarnya, rintangan yang dihadapi oleh orang muda tak sama seperti yang digambarkan oleh mak ayah. Dunia orang muda sangat kompetitif. Apatah lagi 10 tahun akan datang.

Generasi tua sering buat perbandingan betapa mudahnya kehidupan anak-anak berbanding kehidupan mereka dulu. Tak dinafikan benar. Namun, cabarannya berbeza.

Mereka perlu teruskan survival selepas habis universiti. Namun, peluang pekerjaan sangatlah terhad. Sehingga bila dah bosan turun naik tangga pergi temuduga tapi tak dapat-dapat, mula tercetus idea untuk berbisnes kerana poket dah mula kering. Takkan sampai bila-bila nak minta duit dengan orang tua.

Mak ayah mula bimbang. Takut masa depan anak-anak gelap gelita. Aduhai! Perspektif dua golongan ini begitu berbeza sampai sering terjadi salah faham dalam famili. 

Kenapa begitu getir sekali cabaran sehingga tiada peluang pekerjaan untuk golongan muda?

Golongan Tua Tiada Gaya Nak Pencen Dan Bagi Peluang Pada Orang Muda 

Tak dinafikan ramai yang berminat yang ingin bekerja dalam sektor awam kerana ada pencen. Walaupun saya rasa tak berbaloi mengehadkan potensi pendapatan untuk 30 tahun akan datang namun ramai yang rasa selamat jika kerja dengan kerajaan.

Sekarang ini umur untuk bersara adalah 56 tahun tetapi majoriti kakitangan awam memohon untuk sambung sehingga usia 58 tahun (termasuklah ayah saya). 

Dua Alasan Popular kenapa mereka masih belum mahu pencen:

  • Keadaan ekonomi tak kukuh. Anak-anak masih ramai yang tak kerja (?) atau belum habis belajar.
  • Belum bersedia nak pencen. Tiada rancangan nak buat apa. Takut stress sebab tiada kerja nak buat. Nak bercucuk tanam atau ternak lembu, tanah pula tiada.

Ini menyebabkan ramai orang muda tiada peluang pekerjaan di sektor awam. Belum masuk cerita pihak Cuepacs yang desak kerajaan untuk naikkan umur pencen kepada 62 tahun dengan alasan negara lain ada yang pencen umur 65 tahun.

Inilah dilema yang dihadapi oleh kawan-kawan kita yang baru habis belajar. Skor tinggi-tinggi tapi bila keluar universiti peluang semakin terhad. Malah, lebih terhad berbanding 5 tahun lepas. 

Zaman mak ayah kita dulu. Siapa yang ada ijazah, ‘confirm’ jadi pegawai tinggi kerajaan. Peluang pekerjaan dalam sektor awam pun banyak berbanding sekarang.

Mencabarkan jadi orang muda sekarang berbanding zaman mak ayah dulu?

Bila Tiada Pilihan Kerja Tetap Terpaksalah Terima Tawaran Kontrak

Inilah dilema orang muda sekarang. Nak kerja tetap yang ada pencen memang susah nak dapat. Ini baru cerita dalam konteks ‘fresh-graduate’. Belum lagi golongan berkelulusan SPM atau bawah dari itu.

Mahu tak mahu terpaksalah golongan muda ini sauk saja peluang yang ada. Biasanya sektor swasta lebih cenderung untuk mengambil pekerja kontrak berbanding tetap.

Tahu tak kenapa? Sebab mereka pun perlu fikir untuk mengurangkan kos bayar gaji pekerja.

Syarikat hanya terikat untuk bayar gaji sehingga tamat kontrak. Sekiranya bisnes tak untung, habis kontrak tak perlu fikir untuk tanggung gaji atau sambung kontrak pekerja. Tak perlu bimbang untuk bayar pampasan yang tinggi sekiranya memecat pekerja tetap seperti skim VSS. 

Lebih-lebih lagi, pekerja kontrak selalunya tidak mendapat ‘benefit coverage’ seperti tanggungan perubatan.Kalau ada pun terhad kepada diri sendiri. Itu pun kadang-kadang tak cukup. Pandai-pandai sendirilah kalau jatuh sakit.

‘Part’ yang paling haru adalah tempoh kontrak sangat pendek. Biasanya kurang dari setahun. Barang siapa yang dapat kontrak 2 tahun pun belum boleh tarik nafas lega sebabnya mereka tetap tidak diserap sebagai pekerja tetap. 

Baru-baru ini jumpa seorang rakan yang hidup mewah sebelum ini kerana bekerja dalam industri O&G sebelum ditawarkan skim VSS. Hampir setahun beliau menganggur baru dapat peluang bekerja tapi kontrak hanya untuk 3 bulan! Selepas 3 bulan tidak disambung. Allah! Akibatnya beliau nekad untuk berbisnes Shaklee setelah saya menerangkan peluang perniagaan yang ‘recession proof’ ini.

Ini antara sebab kenapa generasi muda tak mahu berkahwin di usia muda. Komitmen berat beserta dengan pelbagai ‘mortgage’ yang perlu dibayar. Itu pun kalau pinjaman mereka diluluskan. ‘Income’ pula tak seberapa.

Mencabar betul rupanya jadi orang muda zaman sekarang!

Adakah Kerjaya Paling Selamat Masih Selamat Dari Kemelut Ini?

Beberapa minggu lepas, suami saya sempat hadir ke satu forum yang dianjurkan oleh geng penulis muda. Mereka berdiskusi tentang isu semasa. 

Ada satu ketika, seorang yang ‘audience‘ meluahkan perasaannya. Beliau bercerita tentang ‘background‘ diri sebagai seorang doktor lulusan dari luar negara. Pergi belajar di luar negara selama 7 tahun. Balik-balik Malaysia diberitahu tiada kekosongan dan terpaksa menganggur. Akhirnya, menjadi penulis buku sepenuh masa dan sudah tak mahu jadi doktor!

Ada satu cerita lagi iaitu anak bisnes Shaklee saya sendiri. Berkelulusan PHD dalam bidang kejuruteraan. Menurut suami beliau, sukar untuk mendapatkan pekerjaan walaupun kita ada kelulusan PHD. Tahu tak kenapa? Dalam keadaan ekonomi gawat sekarang, institut pengajian pun lebih ‘prefer‘ untuk kelulusan lebih rendah kerana nak jimat kos. Sudah tentu gaji seorang pemegang PHD lebih tinggi berbanding yang lain.

Beliau dan suami kini berbahagia menjana pendapatan dari rumah secara online dan luang lebih banyak masa dengan anak-anak yang masih kecil.

Ingat lagi tak berita pada Februari 2016? Putrajaya telah tamatkan kontrak seramai 156 profesor susulan tiada bajet untuk terus membayar gaji mereka. Sedihkan. 

Oh My God! Dulu kerjaya seperti doktor atau pensyarah IPTA ialah antara kerjaya yang dianggap paling selamat, kini tak terlepas daripada masalah pengangguran. Bagaimana dengan bidang-bidang lain?

Masalah graduan itu sendiri tak dinafikan. Ada yang lemah berbahasa inggeris, lemah kemahiran komunikasi, CGPA cukup-cukup makan dan sebagainya. Faktor luaran juga perlu diambilkira. Sebagai contoh, iklim ekonomi global yang tak menentu.

Mangsa keadaan tak lain dan tak bukan adalah golongan muda!

Bangkitlah Berbisnes Wahai Orang-Orang Muda!

Orang muda perlu sedar akan hakikat cabaran dalam dunia moden ini.

Sebenarnya, kemelut ini sebenarnya berpunca dari generasi tua yang banyak mengubah polisi yang sedia ada. Mereka tidak cuba faham realiti anak-anak muda. Sekiranya sesuatu polisi itu bercanggah dengan kepentingan majoriti mereka, maka keperluan orang muda akan diabaikan. 

Ini kerana mereka masih lagi golongan yang berkuasa untuk menentukan sebarang polisi.

Misalnya, isu usia persaraan yang ingin dinaikkan dari 56 tahun sehingga 62 tahun. Adakah mereka pertimbangkan pendapat generasi muda? Tidak.

Asalkan mereka dapat terus dibayar gaji walaupun mungkin ada antara mereka yang semakin tidak produktif atau tidak kompeten dengan teknologi semasa.

Atas sebab nama survival inilah munculnya anak-anak muda yang menceburi bidang perniagaan. Ada yang menjadi pemandu Uber, ada yang menjual nasi lemak, jurukamera bebas dan lain-lain.

Juga tak dinafikan ramai yang memang melakukannya kerana minat. Tapi ada yang menjadi pemandu Uber kerana terpaksa demi mencari sesuap nasi.

Oleh sebab itu, amatlah tak adil sekiranya mak ayah kita melarang anak-anak muda untuk mencari duit tambahan dengan menjalan perniagaan secara sambilan sambil bekerja atas alasan ‘tak cukup sangat ke duit gaji tu‘ atau ‘buat apa duit banyak-banyak, syukur apa yang ada‘.

Kesiankan pada kita generasi muda?

Lebih kesian lagi kalau kita fikir generasi anak-anak kita. Rumah teres sekangkang kera di Bandar Baru Bangi sekarang ini mencecah RM400 ribu. Itu pun berbaris panjang selama 3 hari untuk mengundi rumah mana yang bakal dibeli (tak boleh pilih). Zaman anak kita nanti mahu cecah juta kan.

Kita Tiada Pilihan. Bangkitlah! Berniaga Mulai Sekarang!

Orlando, Florida 2016. Alhamdulillah, muda-muda lagi dah 3 kali pergi oversea trip FREE dengan Shaklee. Weehuu!

Alhamdulillah, kalau ada yang sudah berbisnes Shaklee seperti kami. Sekarang ini pun sudah ada yang dapat hampir sejuta pun sebulan. Anak Shaklee kami yang serius rata-rata minimum 4 angka. Semuanya atas usaha yang konsisten dan kesanggupan untuk ‘go extra mile‘. 

Kena bagitau juga kadang-kadang sebab saudara-mara dan kawan-kawan kami ini, ingat kami berbisnes Shaklee berhabis-habisan ini setakat komisen 5-6 ribu sebulan. 

Something to ponder.

Industri mana yang mampu bayar anak muda dengan komisen sampai RM100,000 sebulan?

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Boleh hubungi saya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

adilahmanaf@celikvitamin.com

Shaklee ID : 866551

 

5 comments for “Kenapa Generasi Muda Perlu Mula Berniaga Dari Sekarang

  1. 4 October, 2016 at 12:05 am

    Antara sebab mereka tak mahu berniaga sebab mereka nak duit cepat, dan paling utama dari yang utama sebab MALU

    • 5 October, 2016 at 12:26 am

      Orang muda kurang pengalaman. Kalau yg dah ada pengalaman boleh jadi cikgu 🙂

  2. 4 October, 2016 at 8:21 pm

    Yeah, hidup makin mencabar. Pakcik makcik dok rumah je dah lah. Haha
    Zainul recently posted…Asas Merancang Kewangan Sebelum Gatal Nak Mulakan PelaburanMy Profile

    • 5 October, 2016 at 12:25 am

      Pakcik dan makcik perlu tahu bila rasa tak boleh nak coupe dgn teknologi tu eloklah bagi peluang pada orang muda 🙂

  3. 5 November, 2016 at 9:53 am

    Assalamualaikum ..

    saya yang bujang ni pun perlu cari kerja sampingan utk sara hidup sendiri di tempat orang dan jugak keluarga di semenanjung.

    saya pengamal produk shaklee dan juga pengedar produk shaklee .
    heee. sila jemput ke blog comel saya di http://www.ainazulkifli.com

    terima kasih <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge