Petua Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga

Keletihan yang diakibatkan oleh kesibukan kerja sehari-hari memang sangat mengganggu konsentrasi dan prestasi kerja. Sehingga kadangkala terbawa-bawa sehingga pulang ke rumah. Diet yang betul dan sesuai adalah petua terbaik bagi mengatasi masalah ini secara semulajadi.  

Masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga ini boleh menjadi kronik dan meningkatkan risiko serangan penyakit. Susah kalau kita diserang penyakit yang tak diingin. Sikap ambil tahu anda mungkin akan menyelamatkan nyawa.

Terdapat banyak cara untuk melenyapkan rasa penat atau letih dengan cara yang berkesan. Misalnya melalui makanan dan vitamin yang bagi menambah tenaga.

Pertama Sekali, Periksa Dahulu Keadaan Tubuhmu!

Rasa susah nak bangun pagi untuk pergi bekerja? Atau rasa lesu bila nak mengulangkaji pelajaran?

Mungkin ini terjadi kerana:

  • Tak cukup tidur
  • Mononucleosis – Jangkitan viral yang menyebabkan tubuh rasa lesu, letih dan sering tak sihat.
  • Rasa stress yang berlebihan
  • Tubuh kekurangan nutrisi atau zat penting 

Apa yang perlu dilakukan? Pertama Sekali Tak Perlu Panik….

  • Tubuh memerlukan tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 8 jam. Latih diri untuk bangun dan tidur pada waku yang sama setiap hari untuk rehat yang berkualtiti. Ingin tahu tipsnya? Klik SINI
  • Kalau selalu rasa sakit tengkuk atau tekak segera berjumpa doktor kerana berkemungkinan anda diserang oleh virus MONONUCLEOSIS.
  • Rasa stress itu adalah normal tetapi belajarlah untuk menguruskan stress dengan betul dan tenang. Klik Untuk Baca Tips Atasi Stress.

4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih

Berikut adalah 4 jenis diet yang anda boleh amalkan untuk mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh anda.

1.0 Bijirin Oat

Oatmeal atau mil oat dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Atas sebab itu, banyak amalan perubatan dan nutritionist yang menggalakkan pesakit diabetes mengambil oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah supaya berada pada paras normal. Kerana keperluan kandungan serat yang tinggi ini penting bagi pesakit diabetes, Alfalfa juga boleh diambil sebagai pilihan selain makanan yang berserat tinggi lain.

Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal yang menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrient yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.

2.0 Yogurt

Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik- bacteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.

Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

3.0 Bayam

Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.

4.0 Kekacang Dan Biji-bijian

Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.

Akar Masalah Keletihan Adalah Kekurangan Nutrisi Dalam Tubuh. Selesaikan Isu Ini Terlebih Dahulu.

Badan yang letih dan kurang bertenaga adalah salah satu isyarat yang cuba diberi oleh tubuh bahawa kita kekurangan nutrisi sehingga menyebabkan tubuh lesu.

Makanan tambahan seperti supplemen semulajadi Shaklee adalah salah satu pilihan untuk kita mempertingkat kuantiti nutrisi dalam badan supaya kita kembali sihat, bertenaga dan ceria.

Jangan ambil remeh tentang perkara ini. Beberapa kombinasi vitamin mungkin akan menyelesaikan masalah kita.

Salah satu alternatif paling berkesan. Cubalah kombinasi supplemen seperti berikut:

Vitalea Iron Formula

B-Complex

Vitamin C

Ostematrix (Calcium-Magnesium)

Energizing Soy Protein

Supplemen ini sangat sesuai diambil oleh Ibu Mengandung & Ibu Menyusu serta sesiapa sahaja baik lelaki mahu pun perempuan. Jangan Bimbang! Ianya semulajadi,selamat dan mendapat endorsement dari FDA.

Dulu Dia Juga Seperti Kita. Ibu Menyusu Yang Bekerja. Letih & Lesu.

Jangan biarkan diri anda terus berada dalam keletihan dan tidak bertenaga kerana terlalu berkira-kira untuk membelanjakan wang anda ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga.

Bila anda sihat, orang yang sayang disekeliling anda juga bahagia! Bagi yang sudah berumahtangga, pasti suami anda akan terkejut kerana anda kekal bertenaga sepanjang hari! Semakin hari para suami semakin sayang!

Baca : Petua Untuk Tidur Lebih Nyenyak Dan Lena

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

3 comments for “Petua Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga

  1. Yann
    5 October, 2013 at 6:32 pm

    Sekiranya ada promosi harga sila update dgn saya. Terima kasih.. Saya juga tertarik dgn produk kurus badan shaklee…

  2. 11 November, 2014 at 7:59 am

    lepas ni kena makan bayam lah jawabnya
    Faiz Saaid recently posted…Kenapa Dengan DIN ?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge