8 Faedah Buat Detoks Untuk Tubuh Kita

Kini lebih ramai yang tahu tentang faedah detox. Detos ini adalah satu proses untuk kita mengurangkan jumlah toksin dalam tubuh sekaligus mengoptimumkan prestasi organ-organ detoks dalam tubuh.

Namun begitu, sejauh mana kita benar-benar tahu sama ada detoks ini benar-benar efektif? Apa penyebab khusus mengapa kita perlu fokus proses detoksifikasi ini?

Korang Tahu Tak?

Menyingkirkan racun toksin dari tubuh dan memperkuatkannya dengan nutrisi yang perlu akan memberi signal kepada otak untuk hanya makan makanan yang berkhasiat.

Jadi, tiada masalah untuk kita terus mengamalkan ‘eat clean’ kerana selepas proses detoks , tubuh akan menyesuaikan diri dengan makanan yang berkhasiat sahaja. Tiada lagi keinginan kepada makanan manis, makanan ringan dan sebagainya.

8 Kesan Positif Detox Kepada Tubuh

Tubuh kita setiap hari sentiasa terdedah kepada toksin dari persekitaran, kekurangan nutrisi dan stress berlebihan yang disebabkan gaya hidup yang mendesak. Badan kita yang terdedah kepada unsur-unsur ini akan menyebabkan fungsi semulajadi tubuh untuk membersihkan badan dari toksin terjejas.

Ini mengakibatkan toksin berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan pelbagai penyakit. Oleh sebab itu, sangat perlu untuk kita melakukan proses detoks ini secara konsisten dan kerap. Jika kita ikut jadual detoks yang ‘reliable’, selamat dan berkesan, tiada masalah untuk dapat hasil positif seperti berikut:

1. Hilang Berat Badan Atau ‘Weight Loss’

Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak sehingga menyebabkan berat badan naik. Sel lemak dalam tubuh akan dipenuhi dengan lemak berlebihan yang tak bermanfaat. Lemak berlebihan ini tidak membantu menghasilkan tenaga dan hormon seperti sepatutnya.

Sekiranya keadaan ini berterus, sel lemak yang berlebihan ini akan dipenuhi toksin dan mengakibatkan kenaikan berat badan. Juga meningkatkan risiko kencing manis

Detoks yang sihat akan menyokong penyingkiran toksin dan sistem tubuh kembali pulih. Metabolisme juga akan meningkat menyumbang kepada penurunan berat badan.

2. Bebas Dari Kembung Perut Dan Sembelit. Usus Lebih Sihat 

Sekiranya kita selalu kembung dan mengalami sembelit ini mungkin berlaku kerana usus (termasuk kolon) mengangkut keluar sisa buangan dari badan tetapi dalam masa sama, sisa buangan seperti makan rendah fiber, lemak tak sihat dan makanan proses berpotensi menyebabkan sistem perkumuhan bermasalah dan tersekat.

Pengumpulan toksin ini biasanya akan menyebabkan rasa kembung perut dan lebih teruk, ia mungkin akan menyebabkan penyakit usus dan kanser kolon. Kolon adalah sistem perkumuhan tubuh dan perlu dibersihkan untuk memastikannya berfungsi dengan sempurna.

Melalui detox, kita boleh membersihkan kolon dan mengelakkan  sembelit. Selain itu, kita juga akan mempunyai sistem perkumuhan yang lebih sihat dan selamat dari sisa buangan yang memudaratkan.

3. Meransang Tenaga 

Tubuh kita mempunyai organ yang boleh mendetoksifikasi sendiri toksin. Namun, organ ini menggunakan terlalu banyak tenaga untuk proses ini. Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada berapa banyak jumlah toksin yang diproses.

Tubuh yang tak bertenaga dan cepat penat adalah simptom badan kita menyimpan terlalu banyak toksin. Detoks akan membantu organ untuk membuang toksin. Sekaligus, memberikan lebih tenaga dan stamina buat kita untuk melakukan pelbagai aktiviti kegemaran.

4. Elak Rasa Mengidam Kepada Makanan Tak Sihat

Membersihkan tubuh dari toksin yang tak sihat dan memperkayakannya dengan nutrisi yang diperlukan akan memberikan isyarat kepada otak supaya mengidam makanan yang lebih sihat.

Katakan ‘tidak’ kepada kafein, makanan manis atau makanan berlemak! Kini tubuh akan selalu lebih ‘craving’ makanan yang lebih sihat. 

5. Kulit Yang Lebih Sihat

Kulit kita adalah organ paling besar di luar tubuh dan memberi gambaran terbaik apa yang terjadi dalam badan. Kulit membantu menyingkirkan toksin melalui peluh. Jika, sistem dan peluh dipenuhi dengan toksin ia menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit seperti jerawat.

Jika toksin ini terkumpul lebih cepat dari dibuang, jumlah toksin yang tinggi ini akan merebak ke saluran darah. Detoks dan buang toksin dari dalam badan. Bila ia tidak lagi banyak, kita akan dapat lihat kulit yang lebih segar, gebu dan sihat.

6. Kurang Stress

Adakah stress ada kaitan dengan toksin? Benar. Bila badan dipenuhi toksin, minda kita akan mula berasa stress. Ini kerana bila toksin berlebihan mula terkumpul dalam tubuh, ia merencatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrisi dan badan kita mula bertindak dengan merembeskan hormon kortisol yang juga dikenali sebagai hormon stress sebagai langkah berjaga-jaga. Keadaan ini menjadi punca stress.

Justeru, bila kita boleh buang toksin keluar dari badan, hormon kortisol ini tidak akan dirembeskan dan memberikan masa untuk tubuh bertenang dan relaks. Ia juga akan memberikan kita ketenangan dan tidur yang lebih lena.

7. Memperkuat Sistem Imun Tubuh

Radikal bebas adalah unsur yang selalu menyerang tubuh dan cuba merosakkan sel. Pendedahan berterusan kepada toksin akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Radikal bebas ini bekerja keras untuk merosakkan sel tubuh. Juga menyebabkan keradangan dan kanser..

Detoksifikasi akan membantu menyahkan toksin keluar dari badan dan dalam masa yang sama tidak menggalakkan penghasilan radikal bebas. Secara langsung memberikan lebih fokus kepada tubuh untuk memperkuatkan sistem imun sebagai perisai semulajadi!

8. Tidur Yang Berkualiti

Toksin atau lebih khusus logam berat (heavy metals) akan mengganggu keseimbangan sel yang normal dan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas juga meningkatkan produksi hormon tidur dan ini mengganggu pola tidur kita. Kadang-kadang boleh menyebabkan insomnia.

Detoks membantu menyingkirkan logam berat dari tubuh dan sekaligus ‘reset’ semula pola tidur kita dan tidur rehat kita lebih berkualti, Bila bangun pagi-pagi akan lebih segar dan bertenaga.

Kesimpulannya, detoks adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan tubuh pada tahap optimum!

Set Detoks Shaklee Untuk Singkirkan Toksin Dari Tubuh!

Detoks Cara Shaklee ini sangat bagus kerana telah disediakan jadual pemakanan selama 7 hari dan lengkap dengan pengambilan supplemen yang disarankan.

Jangan bimbang kerana diet 7 hari ini bukanlah dilakukan secara sembrono malah berpandukan terbitan jurnal yang diiktiraf.

Pendek kata ianya selamat dan tidak memudaratkan.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

Rujukan:
1. Arsenescu, V., Arsenescu, R. I., King, V., Swanson, H., & Cassis, L. A. (2008). Polychlorinated biphenyl-77 induces adipocyte differentiation and proinflammatory adipokines and promotes obesity and atherosclerosis. Environ Health Perspect , 761-768.
2. Grün , F., & Blumberg, B. (2006). Environmental obesogens: organotins and endocrine disruption via nuclear receptor signaling. Endocrinology, 50-55.

3. Grun, F. (2014). A Theory of How Chemicals Cause Obesity Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes. Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes, 453-459.
4. Matsumura, F., & Moreno-Aliaga, M. J. (2002). Effects of 1,1,1-trichloro-2,2- bis(p-chlorophenyl)-ethane (p,p’-DDT) on 3T3-L1 and 3T3-F442A adipocyte differentiation. Biochem Pharmacol, 997-1007.

5. Olsen , H., Enan, E., & Matsumura, F. (1998). 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin mechanism of action to reduce lipoprotein lipase activity in the 3T3-L1 preadipocyte cell line. J Biochem Mol Toxicol, 29-39.
6. Michael Berk, Lana J Williams, Ana C Andreazza, Julie A Pasco, Seetal Dodd, Felice N Jacka, Steven Moylan, Eric J Reiner, Pedro V S Magalhaes. 2014. Pop, heavy metal and the blues: secondary analysis of persistent organic pollutants (POP), heavy metals and depressive symptoms in the NHANES National Epidemiological Survey. BMJ Open.

7. Romilly, E., Hodges , & Minich, D. M. (2015). Modulation of Metabolic Detoxification Pathways Using Foods and Food-Derived Components: A Scientific Review with Clinical Application. Journal of Nutrition and Metabolism, 23.
8. Marth E, E., Jelovcan , S., Kleinhappl , B., Gutschi , A., & Barth, S. (2001). The effect of heavy metals on the immune system at low concentrations. Int J Occup Med Environ Health, 375-86.

9. Reiter J. R., Manchester C. L., Dun-Xian T. 2010. Neurotoxins: Free Radical Mechanisms and Melatonin Protection. Curr Neuropharmacol: 194–210.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge