4 Nutrisi Penting Untuk Rawatan Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

Ramai pula yang menghubungi saya bertanyakan apakah nutrisi atau supplemen yang sesuai untuk mereka yang mengalami patah tulang. Harapan mereka hanyalah satu agar rawatan alternatif ini membantu mempercepat proses penyembuhan supaya tulang mereka kembali kuat dan sihat.

Hakikatnya, patah tulang memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh. Setelah menjalani rawatan patah tulang, pesakit perlu menunggu masa berminggu-minggu bahkan mungkin berbulan-bulan untuk mengembalikan kekuatan tulang seperti sebelum patah.

Umumnya, menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, proses penyembuhan tulang melalui 3 proses secara serentak iaitu berlakunya pembengkakan (inflamasi), penyingkiran sel-sel tulang yang rosak dan pembentukan semula tulang yang baru.

Proses pembengkakan mengambil masa beberapa hari. Pembekuan darah akan berlaku ditempat yang patah bagi memberikan kestabilan kepada struktur dan rangka awal tulang yang baru. Kemudian, sel-sel tulang yang rosak beserta darah beku tadi dikeluarkan bagi memberikan ruang kepada sel-sel tulang baru yang kuat dan kaya dengan kalsium.

Proses penyembuhan ini sebenarnya agak rumit. Tempoh penyembuhan berbeza mengikut individu atas beberapa faktor seperti tempat patah, usia pesakit, wujudnya penyakit kronik yang melambatkan penyembuhan, status pemakanan dan lain-lain. 

Pengambilan Nutrisi Yang Tepat Mempercepat Proses Sembuh

Walaupun begitu, tidak  bererti kita hanya perlu pasrah dan menunggu tanpa melakukan apa-apa ikhtiar untuk mempercepat proses penyembuhan. Salah-satunya ialah dengan memastikan pengambilan nutrisi yang tepat. Ini akan menyingkatkan tempoh penyembuhan patah tulang.

Berikut adalah hasil pembacaan saya menerusi sumber yang ‘reliable’ beberapa nutrisi yang diperlukan oleh para pesakit yang mengalami patah tulang agar tulang kembali sihat dan kuat sekaligus kembali sembuh seperti biasa.

1. Kalsium

Kalsium adalah satu nutrisi yang sudah menjadi rahsia umum diperlukan untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan tulang. Sekiranya tulang patah eloklah untuk mengambil kalsium yang cukup bagi memperkuatkan tulang. Pakar perubatan Dr James Balch dan Mark Stengler, penulis buku Prescription for Natural Cyres menyarankan pengambilan supplemen kalsium dalam lingkungan 500-600mg sehari.

Selain itu, mengambil diet yang kaya dengan kalsium seperti susu, pisang, yoghurt, tauhu dan lain-lain juga sangat membantu memenuhi keperluan kalsium seharian. Sayur-sayuran seperti brokoli dab lobak juga kaya dengan nutrisi dan boleh menambah kandungan kalsium yang diperlukan.

2. Vitamin D
Vitamin D berperanan penting untuk menyerap kalsium secara optimum ke dalam darah dan tulang. Tanpa vitamin D yang mencukupi, kalsium yang terkandung dalam makanan dan supplemen tidak akan dapat diserap secara sepenuhnya oleh tubuh dan ini akan merencatkan proses penyembuhan. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil vitamin D yang mencukup bagi memudahkan proses penyerapan Kalsium oleh tubuh. 

Tips mudah mendapatkan vitamin D adalah dengan berjemur di bawah sinaran mentari di pagi hari lebih kurang pukul 10 pagi sebelum panas membahang. Cahaya matahari pagi kaya dengan vitamin D. Selain itu, vitamin D juga boleh didapati daripada kuning teluar, minyak ikan atau daging seperti salmin dan tuna.

3. Vitamin K
Dalam satu artikel yang telah diterbitkan pada tahun 2012,seorang pakar tulang di Florida, Amerika Syarikat telah menjelaskan betapa pentingnya vitamin K untuk kesihatan tulang yang menyeluruh terutamanya peranan penting dalam penyembuhan patah tulang. Ini kerana vitamin K berfungsi untuk memperkuat osteocalcin iaitu komponen protein penting pada tulang. Proses ini akan meyembuhkan patah tulang dengan cepat dan mengelakkan risiko tulang retak. 

Vitamin K boleh didapati daripada makanan seperti brokoli, telur, ikan, hati, daging dan lain-lain. Setiap hari kita memerlukan lebih kurang 120 mikrogram bagi lelaki dan 90 mikrogram vitamin K bagi perempuan. Bagi para pesakit patah tulang perlu mengambil lebih 20 peratus lebih banyak daripada biasa. 

4. Nutrisi Lain

Selain daripada nutrisi yang disebutkan di atas, ada beberapa nutrisi lain yang diperlukan dan pelengkap kepada proses penyembuhan patah tulang dengan cepat iaitu boron dan silika. Kedua-dua nutrisi ini akan membantu mempertingkatkan penyerapan kalsium dalam darah dan tulang. Nutrisi lainnya yang dibutuhkan untuk mempercepat proses penyembuhan patah tulang adalah boron dan silica. Dua nutrisi ini akan meningkatkan penyerapan kalsium dalam darah dan tulang.

Selain itu, vitamin C dan magnesium juga memberikan penyerapan optimum kepada kalsium. Kombinasi nutrisi-nutrisi ini melengkapkan jumlah nutrisi yang diperlukan oleh pesakit patah tulang.

Set Supplemen Untuk Penyembuhan Patah Tulang Yang Disarankan

Justeru, itulah beberapa nutrisi yang diperlukan oleh para pesakit untuk sembuh dengan cepat. Adakah anda hanya berdiam diri tanpa kuasa tindakan? 

Sekiranya ingin cepat sembuh, beberapa supplemen semulajadi yang selamat dan berkesan dari jenama Shaklee berikut akan mengembalikan kekuatan tulang anda supaya dapat kembali dengan aktiviti-aktiviti kegemaran anda seperti biasa. 

Kisah Pesakit Yang Patah Tulang Belakang Sembuh Dalam Sebulan!

Ostematrix

Ostematrix adalah gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium adalah mineral utama dalam komposisi tulang manusia. Justeru, ia berfungsi penting dalam penyembuhan patah tulang. Vitamin D dalam Ostematrix memberikan penyerapan optimum kepada kalsium oleh tubuh.

Hanya pengambilan dengan beberapa kaplet Ostematrix cukup untuk keperluan kalsium yang disarankan oleh pakar tulang bagi mempercepat proses memperkuat tulang.

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah produk paling hot Shaklee. Bagaimana ESP boleh membantu pesakit yang patah tulang?Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. Ia kaya dengan sumber protein yang diperlukan tubuh bagi membina semula tulang yang telah patah dan retak.

Shaklee_ESP_Celikvitamin

 

Bukan itu sahaja, protein dalam ESP juga membantu bagi pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah rosak atau mati.

Vitalea 

Sebenarnya vitalea Shaklee adalah multivitamin yang hebat. Ia dalah suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan sains terbaik Shaklee. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

vitaLea

Vitalea mengandungi Vitamin K yang diperlukan untuk memperkuat osteocalcin iaitu komponen protein penting pada tulang. Proses ini akan meyembuhkan patah tulang dengan cepat dan mengelakkan risiko tulang retak.  

Omegaguard

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang kaya dengan minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Omegaguard01 (1)

Omega Guard membantu mencegah degradasi tulang rawan pada sendi, memulihara sendi yang tercedera kerana patah. OmegaGuard juga adalah pelincir untuk membantu pergerakan sendi lebih lancar.

Jangan termenung sahaja tuan!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

 

13 comments for “4 Nutrisi Penting Untuk Rawatan Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

  1. 27 February, 2015 at 6:24 am

    Info yg menarik dan bermanfaat!
    Najihah Abdul Mutalib recently posted…CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX DEWASA SUPAYA KULIT KEMBALI HALUS DAN MULUS SEMULAMy Profile

    • 28 February, 2015 at 5:16 pm

      Terima Kasih Puan Najihah. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi kebaikan 🙂

  2. nordin
    1 October, 2015 at 7:54 am

    Boleh ka ke empat-empat supplemen ini di minum sekali gus bagi pesakit patah tulang…terima kasih

    • 2 October, 2015 at 7:52 pm

      Tiada masalah. Sekiranya pembelian dengan saya akan disertakan dengan panduan dan jadual makan lengkap untuk kesan yang optimum. 🙂

  3. wan
    13 November, 2015 at 11:21 am

    Info yang sangat bagus untuk dapatkan set tulang

  4. 13 November, 2015 at 5:18 pm

    Info yang bagus. Pengambilan Nutrisi yang bertepatan dengan keperluan pesakit patah tulang..Ianya sangat membantu. CARA MERAWAT PATAH TULANG AKIBAT KEMALANGAN SUPAYA CEPAT SEMBUH

  5. 9 December, 2015 at 4:27 pm

    Dulu terpikir kan kalau patah tulang mesti tak boleh jadi normal semula kan.
    Tapi rupanya sebab kurang nutrien kan.
    Kalau nutrien semua cukup memang tulang patah jadi normal kan.
    Azeni Ahmad recently posted…Cara Rawat Tulang Patah dan Retak Untuk Sembuh CepatMy Profile

  6. ayu
    11 March, 2016 at 6:06 am

    WAH, BEST INFO NI.. TERIMA KASIH SHARE. DULU INGATKAN BILA TULANG PATAH NI SUSAH NAK BAIK..

  7. Yusanisa Nisa
    20 July, 2016 at 2:24 pm

    Assalammualaikum
    Saya nak bertanya…ayah saya baru disahkan patah tulang bahu, patah tulang selangka dan 4 tulang rusuk…
    Baru discharge dari hospital 20/07/2016
    Doktor kata ada air dlm paru-paru dan masih monitor utk 2 minggu ini
    Bolehkan produk tersebut terus diambil oleh ayah saya

    • 21 July, 2016 at 12:11 am

      Waalaikumussalam. Boleh tiada masalah.

  8. Sazila
    23 November, 2016 at 10:38 pm

    Salam.bapa saya telah berusia 81 thn dan baru2 ini telah jatuh dan patah tulang peha.blh ke dia ambil suplement ini dlm masa yg sama mkn ubat doc?

    • 27 November, 2016 at 11:04 pm

      Boleh ambil supplemen tapi perlu minta kebenaran doktor yang merawat.

  9. Hajar
    6 August, 2017 at 6:33 pm

    Bolehkah supplement shaklee tersebut diambil oleh orang yg mempunyai diabetes dan darah tinggi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge