10 Sebab Kita Perlu Detoks Untuk Singkir Toksin Dari Tubuh

Mutakhir ini, ramai yang mulai sedar tentang penjagaan kesihatan. Salah satu cara adalah dengan detoks iaitu proses menyingkir toksin durjana dari tubuh. Terima kasih kepada internet yang memudahkan informasi tentang proses detoks ini.
Namun jika anda masih samar-samar kenapa kita perlu lakukan detoks (kalau boleh sebulan sekali), di sini saya nyatakan 10 Sebab Kenapa Kita Patut Mula Berdetoks sebelum segalanya terlambat.

1. Singkir Toksin Dari Tubuh

Kita sering terdedah kepada unsur toksin seperti pencemaran udara, kimia berbahaya, racun serangga, logam berat, bahan pengawet dan sisa toksid.
Punca-punca toksid ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada metabolisme, tabiat, sistem imun dan akhirnya menyebabkan kita mudah diserang penyakit.
Racun-racun ini akan bersarang di dalam tisu dan sel di seluruh tubuh termasuklah otak kita selama bertahun-tahun sehingga tiba masanya tubuh mula lemah dan kita akan diserang penyakit!

2. Mencegah Penyakit Kronik

Toksin di persekitaran kita adalah punca utama yang mencetuskan penyakit kanser, penyakit saraf, penyakit jantung, angin ahmar dan sebagainya. Pendek kata, kebanyakan penyakit berbahaya dan kronik.
Bermula dengan pengumpulan toksin di dalam tubuh sehingga sistem imun mula menjadi lemah. Walaupun sebenarnya tubuh kita mempunyai sistem detoks dalaman namun akan tiba masanya sistem dalaman detoks oleh tubuh akan terjejas kerana bebanan terlebih.
Dengan melakukan detoks kita akan dapat mengekalkan kesihatan dan mempertingkat sistem tubuh untuk menjalankan detoksifikasi secara semulajadi.
 

3. Mempertingkat Keupayaan Sistem Imun Tubuh

Sistem imun yang terjejas akan mendedahkan tubuh kepada serangan demam dan virus. Sudah tentulah ia akan menjejaskan kualiti kesihatan dan produktiviti diri.
Melakukan detoks secara konsisten dan berkala berpotensi memperkuat fungsi sistem tubuh dan kebal terhadap sebarang serangan virus. 

4. Menurunkan Berat Badan

Toksin menjejaskan keupayaan tubuh secara semulajadi untuk membakar lemak. Ini menyumbang kepada kegemukan. Penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, hypertensi dan sebagainya adalah disebabkan oleh berat badan berlebihan.
Detoks membantu untuk mencegah toksin dari terkumpul dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh. 
 

5. Memperlambat Proses Penuaan Atau Awet Muda

Detoks membantu untuk melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Radikal bebas adalah penyebab terjadinya kanser. Dalam masa yang sama, berdetoks akan menghindari tubuh dari terdedah kepada logam berat secara berlebihan. 
Dengan proses detoks, ia akan membantu untuk meningkatkan penyerapan nutrisi secara optimum termasuklah antioksida dan vitamin yang melindungu sel tubuh dari serangan radikal bebas.
Jika sel kita ini sentiasa terpelihara, maka hasilnya proses penuaan akan perlahan dan kita kekal awet muda!
 

6. Mempertingkat Kualiti Hidup

Pendek kata, jika tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana kandungan toksin berlebihan, kita mungkin akan mengalami simptom seperti sakit kepala, sakit sendi, sembelit, tidak lena tidur dan selalu keletihan. 
Sekiranya ini semua dapat dielakkan dengan berdetoks, maka kita boleh mengurangkan stress bahkan kemampuan memori kita akan lebih baik berbanding sebelumnya.
 

7. Meningkatkan Tenaga Tubuh

Percayalah! Dengan melakukan detoks, kita akan lebih bertenaga bukan sahaja dari aspek fizikal malahan mental dan emosi juga akan stabil.
Ramai yang mula dapat tidur yang lena dan berkualiti sekaligus badan lebih cergas dan bertenaga kerana rehat yang cukup. 

8. Kulit Semakin Cantik Dan Berseri

Diet seharian dan pencemaran udara memang menjejaskan kulit tubuh. Berdetoks dapat mempertingkat kesihatan kulit sekaligus melindungi dari jerawat serta memperkuatkan akar rambut. Kuku juga akan lebih bersinar dan sihat.
Tak percaya? Cubalah!  
 

9. Kestabilan Mental Dan Emosi

Apabila sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna, ia sudah pastikan akan memberikan kesan positif kepada mental dan emosi kita. Kita akan dapat memberikan yang terbaik dalam kehidupan seharian khususnya dalam proses membuat keputusan, menganalisa sesuatu dan berfikir secara kreatif.
 

10. Mengembalikan Keseimbangan Tubuh

Sistem tubuh seperti penghadaman, saraf dan hormon memang telah dicipta untuk bekerja bersama-sama bagi memastikan kesihatan optimum manusia.
Sekiranya sistem sentiasa dibebani dengan racun seperti toksin ini tanpa disingkirkan secara konsisten keluar dari tubuh, maka sistem ini akan terjejas dan hilang keseimbangan. Bila sistem terjejas maka tubuh akan terdedah kepada pelbagai risiko penyakit. 
Percayalah! Detoks Mengembalikan keseimbangan dan melancarkan fungsi sistem tubuh.

Set Detoks Shaklee Untuk Singkirkan Toksin Dari Tubuh!

Detoks Cara Shaklee ini sangat bagus kerana telah disediakan jadual pemakanan selama 7 hari dan lengkap dengan pengambilan supplemen yang disarankan.

Jangan bimbang kerana diet 7 hari ini bukanlah dilakukan secara sembrono malah berpandukan terbitan jurnal yang diiktiraf.

Pendek kata ianya selamat dan tidak memudaratkan.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge